Kuala Terengganu: Seramai 24 orang penuntut telah berjaya menamatkan Kursus Lanjutan Brassband (S) Siri 1/2023 pada 11 Jul 23 bertempat di Padang Kawad Kem Padang Midin dan telah dirasmikan oleh YAM Tengku Sri Temenggong Raja, Brigedier Jeneral Dato’ Seri Tengku Baharuddin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Komander Rejimen 512 Askar Wataniah (Rej 512 AW) dan diiringi oleh YBhg Lt Kol Ahmad Azahari bin Jamaluddin, Timbalan Komander Rej 512 AW.

Upacara ini dimulakan dengan persembahan bermain alat muzik yang diketuai oleh Mej (K) Zamri bin Ibrahim, ahli JAKPAW Negeri Terengganu merangkap Ketua Jurulatih Muzik, di samping mempersembahkan lagu 8 Bgd yang digubah oleh YBhg Timbalan Komander Rej 512 AW untuk dipertandingkan khususnya di peringkat Briged Kelapan Infantri Malaysia (8 Bgd). Upacara ini diteruskan dengan penyampaian anugerah kepada para penuntut, dimana Anugerah Keseluruhan Terbaik telah disandang oleh LKpl Nur Farra Syafika binti Zuaman manakala Anugerah Akademik Terbaik disandang oleh LKpl Radhiatul Izwani binti Ab Razak. Bagi Anugerah Pemuzik Terbaik pula telah disandang oleh Pjm Muhammad Rusmaini bin Mazlan manakala Anugerah Ketabahan Terbaik telah berjaya disandang oleh LKpl Mohammad Hadzril bin Mohamad Rejab.

DSC 0049DSC 0089DSC 0095DSC 0068DSC 0074DSC 0075