SERI MENANTI – Komander Rejimen 508 Askar Wataniah, Yang Amat Mulia (YAM) Kol Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz, Tunku Besar Seri Menanti telah dikurniakan kenaikan pangkat Brigedier Jeneral berkuatkuasa pada 14 Jan 2021. Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus dan Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Aishah Rohani bin Almarhum Tengku Besar Mahmud telah berkenan mencemar duli menyempurnakan upacara pemakaian pangkat dengan disaksikan oleh Jen Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain, Panglima Tentera Darat (PTD). Majlis ini telah dilaksanakan pada 4 Mac 2021 di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan Darul Khusus.

MAJLIS KENAIKAN PANGKAT KOMANDER REJIMENMAJLIS KENAIKAN PANGKAT KOMANDER REJIMEN 2

Seluruh warga Tentera Darat khususnya Askar Wataniah mengucapkan sekalung penghargaan tahniah kepada YAM Brig Jen Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz, Tunku Besar Seri Menanti di atas kenaikan pangkat.

Majlis yang berlangsung di Istana Besar Seri Menanti, Negeri Sembilan Darul Khusus ini turut dihadiri oleh Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Yang Amat Berhormat Brig Jen (Kehormat) Dato’ Dr Razali bin Ab Malik, Ketua Polis Negeri Sembilan Darul Khusus, Deputi Komisioner Polis (DCP), Dato’ Mohamad bin Mat Yusop, Asisten Ketua Staf Cawangan Sumber Manusia, Mej Jen Dato’ Mohd Sofi bin Md Lepi, Panglima Briged Pertama Infantri (1 Bgd), Brig Jen Anuar bin Abdul Wahab, Ketua Pengarah Bahagian Pasukan Simpanan, Brig Jen Mohamed Saari bin Omar serta penglibatan minimum pegawai kanan TDM.