Kuala Terengganu:  Mesyuarat Kebajikan Rejimen 512 Askar Wataniah (Rej 512 AW) Siri 1/2023 telah dilaksanakan pada 12 Jul 23 bertempat di Dewan Makan pasukan melibatkan seramai 10 Peg dan 71 LLP dan telah di Pengerusikan oleh YBhg Lt Kol Ahmad Azahari bin Jamaluddin, Timbalan Komander Rej 512 AW. Tujuan mesyuarat ini dilaksanakan adalah untuk berbincang serta memaklumkan tindakan-tindakan yang telah diambil berkaitan usul berbangkit yang menumpukan kebajikan warga Rej 512 AW di dalam mesyuarat yang lepas disamping mendapatkan cadangan atau usul baru daripada ahli mesyuarat yang hadir. Selain itu, turut diadakan juga adalah pembentangan kedudukan terkini kewangan dan perbelanjaan Tabung Kebajikan Rejimen (TKR) berakhir bulan Jun 2023 untuk makluman semua yang hadir. Mesyuarat ini dilihat sejajar dengan Teras Ketiga Panglima Tentera Darat Ke 29 iaitu β€œKesejahteraan Warga”.

DSC 0007DSC 0010DSC 0014DSC 0021DSC 0033DSC 0047DSC 0039DSC 0021