Kuala Lumpur: Perbarisan penyerapan pegawai dan anggota Sukarela yang dipertugaskan sepenuh masa ke dalam angkatan tetap telah diadakan pada 12 Julai 2023 bertempat di Padang Kawad Kementah, Kem Kementah. Acara telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Datuk Seri Mohammad bin AB Rahman.

Upacara tadbir sumpah pegawai dan anggota Sukarela yang dipertugaskan sepenuh masa untuk diserap ke dalam angkatan tetap telah berjalan dengan sempurna semasa perbarisan tersebut yang disempurnakan oleh Lt Kol Azman bin A.Rahman, Pegawai Staf 1, Cawangan Tenaga Kerja, Bahagian Perkhidmatan Anggota setelah mendapat kelulusan Majlis Angkatan Tentera Ke - 608 yang telah bersidang pada 14 Jun 2023 dan telah diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.

Perbarisan ini diketuai oleh Kapt Mohd Azly bin Saad dari Sasaran Penting Briged Ke-6 Infantri Malaysia yang melibatkan enam detasmen. Perbarisan ini diiringi oleh Pancaragam Pusat Rejimen Renjer Diraja dibawah pimpinan Lt Mohd Fahmy bin Harun. Turut hadir menyaksikan perbarisan adalah Datuk Hamdan bin Hj Ismail, Asisten Panglima Pasukan Simpanan, Lt Jen Dato’ Zaidan bin Atan, Ketua Staf Markas Tentera Darat dan semua Ketua BCJ.

Seramai 26 pegawai dan 468 anggota Lain -lain Pangkat (LLP) telah diserap ke Angkatan Tetap. Penyerapan ini dilaksanakan secara besar-besaran dan merupakan antara yang paling ramai diserap. Seramai 37 pegawai dan 781 anggota LLP telah menghadiri lembaga penyerapan yang telah diadakan pada bulan Mei 2023 di lima zon pemilihan mengikut sektor-sektor yang telah ditetapkan.

Penyerapan ini dilaksanakan bertujuan bagi menjaga kebajikan, moral dan menghargai sumbangan pegawai dan anggota yang dipertugaskan sepenuh masa ini. Pegawai dan anggota Sukarela yang dipertugaskan sepenuh masa AW telah menghadiri latihan dan kursus bagi memahirkan mereka melaksanakan tugas sebagai anggota Tentera Darat. Penyerapan ini juga dilaksanakan sebagai salah satu pengiktirafan oleh Tentera Darat kepada pegawai dan anggota Sukarela yang dipertugaskan sepenuh masa yang telah berkhidmat dengan cemerlang sepanjang perkhidmatan mereka.

Sebagai return of investment kepada Tentera Darat, penyerapan pegawai dan anggota Sukarela yang dipertugaskan sepenuh masa ke Angkatan Tetap ini wajar dipertimbangkan kerana Tentera Darat akan mendapat pulangan sewajarnya dari segi perbelanjaan yang telah dikeluarkan bagi melatih mereka sepanjang berkhidmat dalam perkhidmatan dipertugaskan sepenuh masa.

Melalui penyerapan ke angkatan tetap, pegawai-pegawai dan anggota-anggota ini dapat membantu menjaga kebajikan pegawai dan anggota Sukarela yang dipertugaskan sepenuh masa melalui pembayaran pencen, dapat melanjutkan pengajian di bawah tajaan perkhidmatan, berpeluang berkhidmat di luar negara, kemudahan membuat pinjaman perumahan kerajaan dan lain-lain kemudahan yang tidak disediakan kepada pegawai dan anggota Sukarela yang dipertugaskan sepenuh masa.Menjadi Sukarela Askar Wataniah ini boleh membuka ruang kepada pegawai dan anggota yang layak diserap ke jawatan tetap. Tentera Darat begitu menggalakkan penyertaan orang awam ke dalam Askar Wataniah. Mereka yang menjadi Sukarela Askar Wataniah ini akan diberikan elaun sewajarnya setara gaji seorang prebet sekiranya mengikut latihan yang ditetapkan.

 

DJI 0985DSC 8856DSC 8970DSC 8998DSC 9029DSC 8981DSC 8994DSC 9036DSC 9086DSC 9086DSC 9095DSC 9131DSC 9139DSC 9152DSC 9143DSC 9158DSC 9180DSC 9182DSC 9208DSC 9256