Selangor: Majlis Penutup Kejohanan Bola Tampar Tentera Darat (TD) Tahun 2023 telah disempurnakan oleh Panglima Latihan Tentera Darat selaku Timbalan Pengerusi Lembaga Sukan Tentera Darat (LSTD), Mej Jen Datuk Marzuki Hj Mokhtar bertempat di Kompleks Sukan Lelaki Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak. Kejohanan ini telah berlangsung pada 4 hingga 7 Julai 2023 melibatkan 11 pasukan Formasi TD Kategori Lelaki dan 10 pasukan Kor/Rejimen TD Kategori Wanita.

Pasukan Divisyen Keempat Infantri Malaysia (4 Div) telah mengungguli kejohanan dan dinobatkan sebagai johan selepas menewaskan pasukan Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Div) dengan keputusan tiga berbalas satu (3-1) dalam perlawanan akhir kategori lelaki manakala pasukan 5 Div meraih tempat ketiga.

Bagi perlawanan akhir kategori wanita pula menyaksikan pasukan Kor Jurutera Elektrik dan Jentera Diraja (KJLJD) muncul juara setelah menundukkan pasukan Kor Perkhidmatan Am (KPA) dalam pertarungan sengit dengan keputusan tiga berbalas dua (3-2) manakala pasukan Rejimen Askar Wataniah (RAW) mendapat tempat ketiga.

Anugerah pemain individu lelaki TD bagi Receiver Terbaik dirangkul oleh Kpl Shamsul Ezwan Azizul dari 3 Div manakala Setter Terbaik disandang oleh Kpl Firdaus Hanafi dari 3 Div, Spiker Terbaik diberikan kepada Kpl Alfadri Sawadi dari 4 Div dan Pemain Terbaik jatuh kepada Rjr Mohd Shafiq Hamdan dari 4 Div.

Seterusnya, Anugerah pemain individu wanita TD bagi Receiver Terbaik dirangkul oleh SSjn Yunetta Idris dari KPA manakala Setter Terbaik disandang oleh Pbt Marsha Aina Mohd Said dari RAW, Spiker Terbaik diberikan kepada Pbt Nurul Farah Hanim Mazlan dari KPA dan Pemain Terbaik jatuh kepada Kpl Rohaida Adam dari KJLJD.

Panglima Latihan Tentera Darat mengucapkan syabas kepada semua pemain yang telah menunjukkan semangat berpasukan dan kesukanan yang tinggi sepanjang kejohanan berlangsung serta mengucapkan tahniah kepada pemenang terutama pemain yang telah terpilih bagi mewakili TD dalam Kejohanan Bola Tampar Antara Perkhidmatan kelak.

WhatsApp Image 2023 07 10 at 17.27.10WhatsApp Image 2023 07 10 at 17.27.42

WhatsApp Image 2023 07 10 at 17.28.35WhatsApp Image 2023 07 10 at 17.29.00WhatsApp Image 2023 07 10 at 17.41.37WhatsApp Image 2023 07 10 at 17.41.38 2WhatsApp Image 2023 07 10 at 17.41.38 1WhatsApp Image 2023 07 10 at 17.41.39