Kuala Terengganu: Upacara Pembukaan Kursus Lanjutan Brassband (S) Siri 1/2023 telah dilaksanakan pada 27 Jun 23 bertempat di Padang Kawad Kem Padang Midin melibatkan seramai 24 orang penuntut di dalam perbarisan pembukaan yang disempurnakan oleh YBhg Lt Kol Ahmad Azahari bin Jamaluddin, Timbalan Komander Rejimen 512 Askar Wataniah. Tujuan kursus ini dilaksanakan adalah sebagai peningkatan asas kemahiran bermain alat muzik disamping mempelajari lagu-lagu baru untuk dipersembahkan. Di dalam ucapannya, YBhg Timbalan Komander telah mengingatkan semua peserta kursus agar terus memelihara disiplin dan meningkatkan ilmu pengetahuan serta kemahiran sepanjang tempoh kursus berlangsung.