Kuala Terengganu: seramai 24 orang penuntut Kursus Lanjutan Brassband Siri 1/2023 Rejimen 512 Askar Wataniah (Rej 512 AW) telah terlibat dengan persembahan di Dewan Santapan, Istana Syarqiyyah Sempena Majlis Jamuan KDYMM Sultan Terengganu Bersama Warga Istimewa dan Fakir Miskin pada 26 Jun 23. Pasukan Brassband Rej 512 AW telah diberi kepercayaan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu untuk mempersembahkan lagu β€œSelamat Sultan” semasa keberangkatan tiba dan keberangkatan pulang KDYMM Sultan dan Sultanah Terengganu ke majlis ini. Selain itu, majlis ini dilaksanakan bersempena dengan Hari Ulang Tahun Keputeraan Ke 61 KDYMM Sultan Terengganu. 

0d21ac77 f9c1 4aa4 a561 2421867348b8a1a7ecf5 b0df 477b a00f 9d7970635286ab2fb59f 3fd2 41d8 9891 f6f86b22269b