Tepuh: YAM Tengku Sri Temenggong Raja, Brigedier Jeneral Dato’ Seri Tengku Baharuddin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Komander Rejimen 512 Askar Wataniah (Rej 512 AW) diiringi oleh YBhg Lt Kol Ahmad Azahari bin Jamaluddin, Timbalan Komander Rejimen 512 AW dan isteri selaku Pengerusi BAKAT serta delegasi dan ahli BAKAT Rej 512 AW telah mengadakan lawatan kebajikan kepada Kpl Rosdi bin Tahir dan isteri, anggota Batalion Kedua Rej 512 AW, Kem Sri Tembila pada 25 Jun 23 bertempat di Kg Bukit Chempaka, Tepuh. Tujuan lawatan kebajikan ini dilaksanakan adalah untuk menziarahi Kpl Rosdi dan isteri yang baru sahaja kehilangan cahaya mata pada 24 Jun 23 yang lalu. Kelahiran cahaya mata lelaki Kpl Rosdi pada 14 Jun 23 yang lalu merupakan kelahiran bayi pramatang dan telah dimasukkan ke dalam wad untuk pemantauan selanjutnya akibat jangkitan kuman pada paru-paru. Lawatan ini adalah sejajar dengan Teras Ketiga Panglima Tentera Darat Ke - 29 iaitu β€œKesejahteraan Warga”.

679adc71 7612 478f 860e 6814f574d080991c14cc 71c3 4ebf 8217 8e9282c42c4b 14314ef88 f4c6 4ae6 96f9 529988d8d5f1d4ca566c 7313 42c4 afeb 037feee3c21b