Kuala Terengganu: Majlis Sambutan Hari Raya Aidiladha 1444H peringkat Rejimen 512 Askar Wataniah (Rej 512 AW) telah dilaksanakan pada 29 Jun 23 bertempat di Kem Padang Midin melibatkan seluruh warga Rej 512 AW dan telah dihadiri oleh YAM Tengku Sri Temenggong Raja, Brigedier Jeneral Dato’ Seri Tengku Baharuddin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Komander Rej 512 AW diiringi oleh YBhg Lt Kol Ahmad Azahari bin Jamaluddin, Timbalan Komander Rejimen 512 AW dan isteri. Majlis dimulakan seawal jam 0830 dengan Solat Sunat Hari Raya Aidiladha diikuti dengan Jamuan Ringan Hari Raya Aidiladha. Majlis seterusnya diteruskan dengan Upacara Penyembelihan Haiwan Korban melibatkan 3 ekor lembu hasil sumbangan daripada Syarikat Ikhlas.com, Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), dan sumbangan daripada YAM Komander Rej 512 AW. Upacara ini telah disempurnakan oleh YAM Komander dengan penyerahan Simbolik Pisau Korban kepada Guru Agama Pasukan. Majlis kemudiannya diteruskan lagi dengan Jamuan Hari Raya Aidiladha dan Upacara Penyerahan Daging Korban yang turut disempurnakan oleh YAM Komander. Turut hadir memeriahkan majlis adalah YBhg Lt Kol Mohd Zaki bin Jusoh, Pegawai Memerintah 18 RAMD (Para).

a7591ee8 12af 44e2 8e0d 4cdedc0db16a7579f8a8 461f 4973 8712 886f9eead954daf3ada9 4a6b 4a8b 97e5 5770735667d29791741c c20b 47b2 bebd 557d5f3d6d1d98f6df69 f692 4c9b 9a5f 1ef8c18dda2f01844591 e671 4e6c b2e6 ce7c1a10a903d9ff25e5 c326 4b74 9e2f b29004bbcfa354834a62 0eda 4d04 af08 8bb684bfc1a4