Kuala Lumpur: Pegawai dan anggota sukarela yang terlibat dalam LKT Siri 1/23 telah melaksanakan Latihan Ketenteraman Awam (KA) bersama 1 RRD (Istiadat) di Padang Kawad 1 RRD, Kem Wardieburn pada 14 Jun 23.
Latihan ini telah melibatkan 2 Peg dan 26 LLP sukarela dari Rej 515 AW dan 4 Peg dan 35 LLP dari 1 RRD (Istiadat). Latihan ini dimulakan dengan pelaksanaan Kelas Pengenalan Pengurusan Ketenteraman Awam dan kemudiannya diteruskan dengan pelaksanaan secara fizikal melibatkan Kawad Menyuraikan Rusuhan dan menubuhkan Titik Kawalan Lalu Lintas.
Pelaksanaan ini telah dilaksanakan dengan jayanya dan latihan seumpama ini harus diteruskan agar kompetensi pasukan mengenai aspek latihan dapat dikekalkan. Pelaksanaan ini telah menepati Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-29 iaitu Objektif 1, Kesiapsiagaan dan Teras Pertama, Peningkatan Kesiagaan. Latihan ini berupaya untuk membangunkan sebuah angkatan yang memiliki kesiapsiagaan optima yang mampu mengeksploitasikan elemen keupayaan dan daya tempur.