MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS KETUA PENGARAH BAHAGIAN PASUKAN SIMPANAN

KUALA LUMPUR – Majlis Serah Terima Tugas Ketua Pengarah Bahagian Pasukan Simpanan telah dilaksanakan di Dewan Watan Bahagian Pasukan Simpanan pada 27 Mei 2021.

Majlis dimulakan dengan menandatangani Nota Serah Terima Tugas yang dilaksanakan secara norma baharu di antara pemangku jawatan Ketua Pengarah, Kol Hj Hashim bin Hj Osman dan Brig Jen Padman a/l K.P. Bhaskaran sebagai Ketua Pengarah yang baharu. Majlis  telah disaksikan oleh Assisten Panglima Pasukan Simpanan, Mej Jen Dato’ Hj Zawawi bin Hj Adam.

YBhg Brig Jen Padman a/l K.P. Bhaskaran merupakan mantan Kol Doktrin, MK PLDTD. Seluruh warga BPS merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ketua Pengarah Bahagian Pasukan Simpanan yang baharu.

Turut hadir, pegawai dan staf Bahagian Pasukan Simpanan dengan mengikut SOP yang telah ditetapkan.

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS KP PADMAN