Kuala Lumpur: Rejimen 515 Askar Wataniah (Rej 515 AW) dengan kerjasama Lotus's Ampang dan Formasi Briged Ke - 12 Infantri Malaysia (12 Bgd) telah selesai melaksanakan Fun Run 5KM bersama Tentera di sekitar kawasan Lotus's Ampang dan jalan Kampung Pandan amnya. Penganjuran aktiviti ini juga adalah sebahagian daripada Corporate Sosial Responsibility (CSR) diantara Lotuss Ampang bersama Rej 515 AW.
Acara dimulakan dengan Senamrobik bawah pimpinan pelajar UPNM yang juga merupakan anggota sukarela Rej 515 AW. Seterusnya pelepasan peserta larian yang dirasmikan oleh Timb Komd Rej 515 AW, Lt Kol Marzuki bin Md Yusof dan Senior Mall Operation Manager Lotus's, Mr Kovalan. Objektif penganjuran aktiviti ini adalah untuk membudayakan amalan gaya hidup sihat dan aktif disamping dapat mengeratkan lagi semangat kerjasama antara pihak Lotus's, Formasi 12 Bgd amnya dan Rej 515 AW khasnya.
Turut membantu bekerjasama dalam penganjuran aktiviti ini adalah pihak Lotus's Ampang, IPD Ampang Jaya, JSPT KL, DBKL, MPAJ dan unit bawah naungan 12 Bgd. Pada masa yang sama, pihak Rej 515 (AW) melalui Cawangan Latihan dan Pengambilan serta Bn 3 telah mengadakan Promosi Askar Wataniah yang akan berada di perkarangan parkir Lotus's Ampang selama dua hari iaitu pada 18 dan 19 Jun 23. Penganjuran aktiviti ini sejajar dengan Teras dan Kelima Ketiga Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-29 iaitu βKesejahteraan Wargaβ dan 'Keutuhan Hubungan Tentera dan Awam'.