Askar Wataniah (AW) telah mengadakan sambutan Hari Ulang Tahun Askar Wataniah Ke-65 (HUT AW Ke - 65) bertempat di Rejimen 505 Askar Wataniah, Kem Force 136, Pekan, Pahang. Acara telah disempurnakan oleh Asisten Panglima Pasukan Simpanan, Mej Jen Datuk Hamdan bin Hj Ismail.

Membawa cogan kata β€œBerkhidmat Untuk Negara”, cogan kata ini dipilih kerana tugas dan peranan Askar Wataniah dalam membantu ganti (augmentation) Angkatan Tetap Tentera Darat di masa darurat atau perang merupakan faktor utama moral serta semangat untuk Askar Wataniah melaksanakan tugas primer dengan lebih baik, iaitu memelihara kedaulatan dan kepentingan negara.

Terdapat beberapa aktiviti yang dilaksanakan sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Askar Wataniah pada tahun ini melibatkan Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil, Karnival Sukan Rejimen Siri 500 Askar Wataniah dan Perbarisan HUT AW Ke- 65. Selain itu, Majlis Makan Malam Rejimental sempena HUT AW Ke - 65 akan turut dianjurkan pada bulan Ogos 23. Ianya merupakan acara kemuncak dan dilaksanakan dengan penuh adat istiadat dan tradisi ketenteraan.

Terdapat dua jenis sukan yang dipertandingkan di peringkat Rejimen Siri 500 Askar Wataniah yang melibatkan sebanyak 16 buah Rejimen iaitu sukan bola sepak dan bola jaring. Rej 516 AW telah mendapat Johan bagi Sukan Bola Sepak manakala Rej 508 AW Johan bagi Sukan Bola Jaring. Pertandingan akhir bagi kedua-dua sukan ini telah diadakan pada 9 Jun 23 bertempat di Arena Mahkota Majlis Daerah Pekan.

Bagi Perbarisan Hari Ulang Tahun Askar Wataniah Ke - 65, seramai 37 Pegawai dan 254 anggota Lain – Lain Pangkat (LLP) Sukarela termasuk simpanan terlibat dalam perbarisan yang telah diadakan di Padang Kawad Rej 505 AW pada 18 Jun 2023. Perbarisan ini terdiri daripada kalangan Pegawai dan Anggota Sukarela Askar Wataniah daripada Rejimen Siri 500 AW, Kor TD AW dan Rej Pakar AW dari seluruh Malaysia.

Perbarisan ini diketuai oleh Lt Kol Mohd Zamri bin Wahab dari Rej 505 AW yang melibatkan enam detasmen yang terdiri daripada detasmen Kontinjen 2 Divisyen, Kontinjen 3 Divisyen, Kontinjen 4 Divisyen, Kontinjen Wanita dan Kontinjen Kerahan. Perbarisan ini diiringi oleh Brass Band Gabungan dari Rej 502 AW dan Rej 512 AW.

Dalam perbarisan tersebut, Asisten Panglima Pasukan Simpanan, Mej Jen Datuk Hamdan bin Hj Ismail telah mengambil Tabik Hormat serta memeriksa perbarisan. Turut diadakan adalah acara Penyampaian Anugerah Rejimen Terbaik, Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), Sijil Penghargaan dan Pemakaian Pangkat Pegawai dan Anggota LLP.

Turut hadir menyaksikan perbarisan adalah Panglima Briged Keempat Infantri Malaysia, Brig Jen Mohd Rafi bin Muhammad, ahli JAKPAW Negeri Pahang dan bekas tentera PW I Ielias bin Ibrahim, Anggota Wataniah Pertama dan Termuda yang dianugerahkan pingat Pahlawan Gagah Berani (PGB).

Rejimen Askar Wataniah antara pasukan dalam Angkatan Sukarelawan Persekutuan (ASP) yang berfungsi sebagai Pasukan Simpanan Tentera Darat (PSTD) untuk membantu Tentera Darat Malaysia (TD) ketika darurat atau dalam medan peperangan. Askar Wataniah juga berperanan membantu TD dalam Military Operation Other Than War (MOOTW) seperti membantu pihak berkuatkuasa awam menangani ancaman COVID - 19 seperti Op PENAWAR, Projek Jiwa Murni (PJM) dan membantu pihak berkuasa awam ketika bencana alam seperti Op MURNI dan Humanitarian Assistance and Disaster Relief (HADR).

Keterlibatan anggota masyarakat dalam pasukan Askar Wataniah amat digalakkan. Masyarakat berumur 18 tahun ke atas dan sihat tubuh badan boleh menyertai Askar Wataniah ini. Keterlibatan itu amat penting dalam membantu mempertahankan negara ketika diperlukan. Ia dapat memberikan kekuatan tambahan kepada pasukan tentera kerana masyarakat setempat lebih memahami kawasan sendiri jika tugasan berada dalam lingkungan kawasan harian.

Masyarakat boleh melayari media sosial Askar Wataniah seperti Faceebook (Askar Wataniah Rasmi), Instagram (raw_rasmi), Tik Tok (raw_rasmi), Youtube (raw_rasmi) dan Portal Rasmi AW untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan Askar Wataniah melalui laman sesawang http://aw.army.mil.my. Bagi mereka yang berminat untuk menyertai Askar Wataniah, mereka boleh membuat pendaftaran awal secara atas talian melalui pautan β€˜imwatan’ di http://aw.army.mil.my/imwatan/.

https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2199167
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02anQ6mkWDsiE2S49qKBYePSWcCkxkCq78MnNeZdRcLUY7iZgJYs5a8639HTs6Ay6el&id=100064710847184&mibextid=Nif5oz
https://www.facebook.com/100067172753430/posts/pfbid0XuXXKJAkktA2bqetrp98rEQ8P7dMKN1EF4Wr9qH8ynRZKsrBKoDW5Ujcf3Y6GE4Bl/?d=n&mibextid=qC1gEa
https://youtu.be/ltl78enIjEs
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/06/979034/tdm-kaji-penambahbaikan-skim-perkhidmatan-askar-wataniah
https://www.sinarharian.com.my/article/264086/galeri/hari-ulang-tahun-askar-wataniah-ke-65

WhatsApp Image 2023 06 18 at 13.49.31WhatsApp Image 2023 06 18 at 13.49.31 1WhatsApp Image 2023 06 18 at 13.49.31 2WhatsApp Image 2023 06 18 at 13.49.31 3WhatsApp Image 2023 06 18 at 13.49.31 4WhatsApp Image 2023 06 18 at 13.50.01WhatsApp Image 2023 06 18 at 13.50.01 3WhatsApp Image 2023 06 18 at 13.50.55WhatsApp Image 2023 06 18 at 13.50.55 1WhatsApp Image 2023 06 18 at 13.50.55 3WhatsApp Image 2023 06 18 at 13.50.55 4WhatsApp Image 2023 06 18 at 13.50.55 5WhatsApp Image 2023 06 18 at 13.50.55 6WhatsApp Image 2023 06 18 at 13.50.55 7WhatsApp Image 2023 06 18 at 13.50.55 8WhatsApp Image 2023 06 18 at 13.50.55 9WhatsApp Image 2023 06 18 at 13.51.32 8WhatsApp Image 2023 06 18 at 13.51.32 1

WhatsApp Image 2023 06 18 at 13.51.32 3WhatsApp Image 2023 06 18 at 13.51.32 5WhatsApp Image 2023 06 18 at 13.51.32 6WhatsApp Image 2023 06 18 at 13.52.14WhatsApp Image 2023 06 18 at 13.53.26 4WhatsApp Image 2023 06 18 at 13.53.26 16