Besut: Perjumpaan Penuntut Kursus Repalman Kelas 2 (Kerahan) Siri 1/2023 bersama YBhg Brig Jen Azudin bin Hassan, Panglima Kelapan Briged Infantri Malaysia telah diadakan pada 11 Jun 23 bertempat di Dewan Makan Batalion Kedua Rejimen 512 Askar Wataniah (Rej 512 AW), Kem Sri Tembila. Kehadiran YBhg Panglima telah disambut oleh Lt Kol Zamri bin Ibrahim, Penolong Pegawai Memerintah Batalion Kedua Rej 512 AW bersama para pegawai dan jurulatih. Perjumpaan ini dilaksanakan bertujuan memberi peluang kepada YBhg Panglima melawat para penuntut kursus serta memberi motivasi dan nasihat kepada mereka.

YBhg Panglima menzahirkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua penuntut diatas kegigihan serta kecekalan menuntut ilmu sekaligus menamatkan kursus yang telah berlangsung selama 16 minggu bermula pada 20 Feb 23 hingga 11 Jun 23. YBhg Panglima turut memberi penekanan agar para penuntut sentiasa meningkatkan keupayaan diri, menjaga disiplin dan mengaplikasikan segala ilmu yang telah dipelajari sebagai seorang anggota tentera agar dapat menjadi contoh terbaik untuk dijadikan teladan kepada rakan-rakan yang lain. 

Tambahan lagi, YBhg Panglima turut mengingatkan penuntut agar sentiasa melaksanakan tugas dengan betul demi kebaikan Tentera Darat khususnya pada masa akan datang seiring dengan Prinsip Kedua 8 Briged  iaitu β€œLakukan apa yang betul dan patut, kerana yang betul pastinya baik”. Perjumpaan ini dilihat seiring dengan Teras Kedua Panglima Tentera Darat ke 29 iaitu β€œPengukuhan Organisasi dan Modal Insan”.

5e6026b1 8c48 4d69 9f89 dfcf4bc68d69efe91323 61cc 41ad 9eee 06145d9df0c0996a0863 ecce 4597 8349 9c04612d1f2090a7b79b b38b 4c9d ab7d 854b8c4ebced