Besut: Seramai 60 anggota Lain-lain Pangkat (LLP) telah berjaya menamatkan Kursus Repalman Kelas 2 (Kerahan) Siri 1/2023 anjuran Rejimen 512 Askar Wataniah (Rej 512 AW) pada 9 Jun 23 dan telah disempurnakan oleh YBhg Brig Jen Shamsor bin Hj Jaafar, Ketua Pengarah Bahagian Pasukan Simpanan diiringi oleh Lt Kol Ahmad Azahari bin Jamaluddin, Timbalan Komander Rej 512 AW. Kursus ini telah dilaksanakan selama 16 minggu bermula pada 20 Feb 23 hingga 11 Jun 23 bertempat di Batalion Kedua Rej 512 AW, Kem Sri Tembila dan bertujuan untuk memperkasakan ketahanan fizikal dan mental disamping meningkatkan asas ilmu pengetahuan ketenteraan bagi memantapkan lagi asas kemahiran sebagai seorang anggota tentera.

Upacara penutup ini dilaksanakan dengan konsep demonstrasi Operation In Build Up Area (OBUA) sebagai gimik penutup disusuli dengan penyampaian anugerah kepada para penuntut. Anugerah Keseluruhan Terbaik telah disandang oleh 6279518 Pbt Nurul Ayuni binti Mohamad Zakeer dari Markas 2 Divisyen manakala Anugerah Akademik Terbaik disandang oleh 6279510 Pbt Nursyazwani binti Azhar dari Rejimen 505 AW dan Anugerah Kawad Terbaik diraih oleh 6289668 Pbt Siti Nornatasha binti Nordin dari pasukan Rejimen 508 AW.

Di dalam ucapan Ketua Pengarah Bahagian Pasukan Simpanan, beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua penuntut diatas kegigihan dan kecekalan di dalam usaha menamatkan kursus serta memberi peringatan agar mengaplikasikan ilmu yang telah dipelajari dengan sebaik mungkin agar mampu diaturgerakkan sebilang masa sekaligus meningkatkan tahap kesiagaan Tentera Darat seiring dengan Teras Pertama Panglima Tentera Darat ke 29 iaitu β€œPeningkatan Kesiagaan”.

1d2fe343 f73c 4cc0 b3d2 7713353850de0520d9ae 8106 4ac7 a602 15a8887950ac66c56e25 833a 44be b608 6b78165ae385ff8c40eb 9a24 4234 9f61 426ef64c7362c8bdbb82 fec8 4a49 9c19 cf70162e54b19b3cfb63 e059 49bf 8a1b 9f49eb239c5145e1e0c8 39e9 4db6 9968 1ccb123b0fe765e34646 29b1 472c 84ab f559a0cbc9c415177b00 fd8e 4792 8743 6e3beb844289e34ffca7 24c0 4a6c a679 2abf7eba9dabb77fdce1 52ce 4961 8bfa e6f08ee2df84