Kota Bharu: Perbarisan Timbalan Komander Rejimen 506 Askar Wataniah telah dilaksanakan pada 9 Jun 2023 di Kem Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan. Perbarisan ini  melibatkan semua warga pasukan. Ahli BAKAT pasukan turut sama hadir ke acara ini bagi menyaksikan upacara pemakaian pangkat kepada 7 anggota Lain-lain Pangkat (LLP) pasukan yang disempurnakan oleh Timbalan Komander.

Timbalan Komander dalam ucapannya mengingatkan kepada semua peringkat anggota agar memainkan peranan masing-masing dengan jujur dan ikhlas dalam apa jua bidang tugas yang dilaksanakan disamping menghindarkan diri daripada melakukan sebarang perkara yang bertentangan dengan peraturan dan Akta Tentera. Tambahan lagi, pegawai dan PTT Kanan  merupakan tulang belakang pasukan juga diharapkan dapat berganding bahu melaksanakan tugas dengan baik dalam menghadapi pelbagai aktiviti pasukan yang mendatang serta menunjukkan teladan dan kepimpinan yang berwibawa kepada anggota bawahan.

WhatsApp Image 2023 06 09 at 22.28.00WhatsApp Image 2023 06 09 at 22.28.04WhatsApp Image 2023 06 09 at 22.28.01WhatsApp Image 2023 06 09 at 22.28.02WhatsApp Image 2023 06 09 at 22.28.02 1WhatsApp Image 2023 06 09 at 22.28.03