Kemaman: Promosi Askar Wataniah Anjuran Batalion Ketiga Rejimen 512 Askar Wataniah, Kem Bukit Kuang melibatkan seramai 1 Pegawai dan 35 anggota Lain-lain Pangkat (LLP) telah dilaksanakan pada 7 Jun 23 bertempat di Ranaco Education and Training Institute. Promosi ini dilaksanakan bersempena dengan Program Hari Safety and Health, Environment and Quality (SHEQ Day) 2023 anjuran Ranaco Education and Training Institute. Selain itu, tujuan promosi ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan kerjaya di dalam bidang ketenteraan disamping menarik minat belia khususnya pelajar -pelajar Ranaco Education and Training Institute untuk menyertai Askar Wataniah. Pelbagai pameran menarik telah diadakan seperti pameran jenis-jenis pakaian tentera, gambar aktiviti pasukan serta peralatan ketenteraan. Disamping itu juga, persembahan bermain alat muzik oleh pasukan Brass Band Rejimen 512 Askar Wataniah juga turut dipersembahkan bagi memeriahkan lagi promosi ini.

c37aa620 a2a4 41ef 8a15 27d401276a2b999711d3 c413 4a0d ab73 af8c2325bf8c8746fc00 1395 4f97 b4d1 22a61f188c1f1ec249d0 7a7c 4a75 a964 dc69513724b2