Kuala Terengganu: Seramai 36 orang penuntut telah berjaya menamatkan Kursus Asas Brass Band (S) Siri 1/2023 pada 6 Jun 23 bertempat di Padang Kawad Rejimen 512 AW Kem Padang Midin dan telah disempurnakan oleh YAM Tengku Sri Temenggong Raja, Brigedier Jeneral Dato’ Seri Tengku Baharuddin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Komander Rejimen 512 Askar Wataniah diiringi oleh Lt Kol Ahmad Azahari bin Jamaluddin, Timbalan Komander Rejimen 512 Askar Wataniah. Majlis ini bermula dengan perbarisan masuk padang diikuti dengan persembahan bermain alat muzik oleh para penuntut. Majlis diteruskan lagi dengan upacara pemakaian lencana pancaragam kepada para penuntut kursus yang turut disempurnakan oleh YAM Komander. 

62217b93 7f0b 4857 9cfe 2375bd5aa37a31b4cebe 35c8 440b 85d6 5c3bf6463cb424f7591d 9c13 413a a7b5 8f900300820f5a745968 036f 4a87 927b 409d4278c2bb3db5dc52 2c43 4242 b3f8 acc4d933876f08affbf9 a5d6 41a2 8c49 c0d80417036d