Kuala Lumpur: Majlis Pemakaian Pangkat Anggota Lain-lain Pangkat (LLP) BPS dan Penyampaian Sijil Serta Cenderahati Kepada Atlit Askar Wataniah telah diadakan di Sri Watan Lounge, Bahagian Pasukan Simpanan pada 8 Jun 23.

Majlis dimulai dengan pemakaian pangkat Koperal ke Pemangku Sarjan iaitu Sjn Norfadziela binti Md Awi oleh YBhg AP PS dan seterusnya pemakaian pangkat kepada 2 anggota LLP dari Lans Koperal ke Pemangku Koperal dan 1 anggota LLP dari Prebet ke Lantikan Lans Koperal.

Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil dan cenderahati kepada atlit Askar Wataniah. Seramai 3 anggota LLP wanita dan 3 anggota LLP lelaki telah meraih 5 Emas dan 1 Perak dalam Kejohanan Angkat Berat Youth, Junior dan Senior Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 yang telah berlangsung di Rompin pada 31 Mei 23.

Mej Jen Datuk Hamdan bin Hj Ismail, AP PS telah menyampaikan sijil serta cenderahati kepada para atlit yang hadir dan berharap agar para atlit sentiasa mengekalkan momentum sedia ada serta meningkatkan kecemerlangan di masa akan datang dan seterusnya mengharumkan nama Askar Wataniah.

WhatsApp Image 2023 06 08 at 11.58.46 1WhatsApp Image 2023 06 08 at 11.58.47WhatsApp Image 2023 06 08 at 11.58.39 1WhatsApp Image 2023 06 08 at 11.58.40 2WhatsApp Image 2023 06 08 at 11.58.41 2WhatsApp Image 2023 06 08 at 11.58.42WhatsApp Image 2023 06 08 at 11.58.43 1WhatsApp Image 2023 06 08 at 11.58.43 2WhatsApp Image 2023 06 08 at 11.58.42 2WhatsApp Image 2023 06 08 at 11.58.43WhatsApp Image 2023 06 08 at 11.58.44 1WhatsApp Image 2023 06 08 at 11.58.45