Kuala Lumpur: MK TD 2 telah menerima Kunjungan Hormat daripada YBhg Lt Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain bin Jantan, Timbalan Panglima Tentera Darat pada 7 Jun 23. Kunjungan Hormat tersebut telah disambut mesra oleh Mej Jen Datuk Hamdan bin Hj Ismail, Asisten Panglima Pasukan Simpanan, semua ketua BCJ MK TD 2 dan semua staf Bahagian Pasukan Simpanan.

Kunjungan tersebut dimulai dengan taklimat daripada BPS dan PUSTEKMA yang telah disampaikan oleh AP PS dan Pengarah PUSTEKMA. Seterunya, kunjungan tersebuut diakhiri dengan acara Ramah Mesra dan Makan Tengah Hari bersama YBhg TPTD.

Kunjungan ini dilaksanakan bertujuan untuk memaklumkan penglibatan YBhg Datuk dalam perkara yang melibatkan Askar Wataniah serta memberikan penerangan berkaitan PUSTEKMA TD dan perkara berkaitan ICT TD. Selain itu kunjungan ini juga memberi peluang kepada YBhg TPTD beramah mesra bersama semua ketua BCJ MK TD 2 dan staf-staf Bahagian Pasukan Simpanan.

WhatsApp Image 2023 06 07 at 13.19.46WhatsApp Image 2023 06 07 at 13.17.43 5WhatsApp Image 2023 06 07 at 13.17.40WhatsApp Image 2023 06 07 at 13.17.42WhatsApp Image 2023 06 07 at 13.17.43WhatsApp Image 2023 06 07 at 13.17.43 1