Kuala Terengganu: Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Askar Wataniah Ke 65 Peringkat Rejimen 512 Askar Wataniah (Rej 512 AW) telah dilaksanakan pada 1 Jun 23 melibatkan warga Rej 512 AW bertempat di Surau Al-Muttaqin Kem Padang Midin sejurus selesai solat Maghrib secara berjemaah. Majlis ini turut disertai oleh YAM Tengku Sri Temenggong Raja, Brig Jen Dato’ Seri Tengku Baharuddin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Komander Rej 512 AW dan isteri, Cik Puan Zuriana binti Ismail. Tujuan majlis ini dilaksanakan adalah untuk memohon keberkatan dan mendoakan kecemerlangan Askar Wataniah di dalam perkhidmatan Tentera Darat khususnya disamping memohon keselamatan keberangkatan pergi dan pulang isteri YAM Komander yang bakal mengerjakan ibadah Haji pada tahun ini. Majlis diteruskan lagi dengan solat Isyak secara berjemaah diikuti dengan jamuan makan malam. YAM Komander diiringi oleh YBhg Timbalan Komander juga telah menyempurnakan acara penyampaian sumbangan Kotak Rezeki hasil sumbangan dari Briged Kelapan Infantri Malaysia (8 Bgd) kepada anggota Rej 512 AW yang memerlukan.

7524136