Kuala Terengganu: Seramai 24 Jurulatih Tentera dan 42 orang guru dari 21 buah sekolah telah berjaya menamatkan Kursus Penataran Jurulatih Persatuan Kadet Bersatu Malaysia (Darat) Peringkat Negeri Terengganu yang telah dilaksanakan selama 5 hari bermula pada 21 hingga 25 Mei 23 bertempat di Kompleks Pusat Kokurikulum Negeri Terengganu (PusKoNT). Kursus ini telah dianjurkan oleh Rejimen 512 Askar Wataniah (Rej 512 AW) dengan hasil kerjasama 18 RAMD (Para), 16 RAMD dan 1 KAD. Latihan yang diberikan banyak memberi tumpuan kepada kaedah pembelajaran dan sistem pemarkahan kepada Jurulatih Tentera, manakala buat Guru PKBM (D), ianya merupakan pendedahan mengenai aktiviti ketenteraan yang perlu dijalani oleh kadet PKBM (D). Antara aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan adalah Pengendalian Senjata, Membaca Peta/Pandu Arah, Kawad Kaki, Rentas Halangan serta aktiviti syarahan di dalam kelas. Selain itu, majlis penutupan kursus ini juga telah disempurnakan oleh YBhg Lt Kol Ahmad Azahari bin Jamaluddin, Timbalan Komander Rej 512 AW pada 25 Mei 23 bertempat di Kompleks Pusat Kokurikulum Negeri Terengganu (PusKoNT).

127835