WhatsApp Image 2023 05 31 at 18.33.24 2WhatsApp Image 2023 05 31 at 18.33.23 1WhatsApp Image 2023 05 31 at 18.33.23WhatsApp Image 2023 05 31 at 18.33.24WhatsApp Image 2023 05 31 at 18.33.24 1

Kuala Lumpur: Lembaga Pemilihan Pegawai Sukarela Askar Wataniah telah diadakan di TNB Platinum Convention Centre bermula 29 hingga 30 Mei 23. Seramai 47 orang calon terdiri daripada Rejimen Siri 500 Askar Wataniah, Kor Tentera Darat Askar Wataniah dan Rejimen Pakar Askar Wataniah telah terlibat dalam pemilihan Pegawai Sukarela Askar Wataniah ini. Ahli panel lembaga ini terdiri daripada staf BPS dan KRJ yang dipengerusikan oleh YBhg Mej Jen Datuk Hamdan bin Hj Ismail, Asisten Panglima Pasukan Simpanan.