Kuala Lumpur: Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Dato' Indera Ir. Baharin bin Din berbesar hati menerima Kunjungan Hormat Asisten Panglima Pasukan Simpanan, Mej Jen Datuk Hamdan bin Hj Ismail di Ibu Pejabat TNB pada 30 Mei 23.
Antara intipati perjumpaan tersebut adalah memperkukuhkan lagi hubungan sedia ada di antara Askar Wataniah dengan TNB. Kerjasama dan hubungan yang baik yang terjalin ini adalah sejajar dengan Teras Kelima Perintah Ulung PTD Ke-29 iaitu βKeutuhan Hubungan Tentera dan Awamβ yang dapat mempertingkatkan keupayaan dan kesiapsagaan untuk membantu negara dalam apa jua situasi.