Rejimen Askar Wataniah dengan motto BERKHIDMAT UNTUK NEGARA berperanan sebagai barisan kedua dalam mempertahankan kedaulatan negara dari sebarang ancaman. Penyertaan rakyat dalam AW merupakan satu sumbangan murni bagi menyahut seruan pertiwi sesuai dengan konsep HANRUH (Pertahanan Menyeluruh) yang ditetapkan dalam Dasar Pertahanan Negara.

Pelbagai rancangan dan pelan tindakan dirangka bagi pembangunan Askar Wataniah yang kredebil setanding dengan Angkatan Tetap. Diharapkan seluruh waraga Askar Wataniah sentiasa bersemangat dan komited dalam memacu organisasi ini kearah kegemilangan dalam membantu Angkatan Tetap menjaga kedaulatan dan kestabilan negara yang tercinta.

Selamat Hari Ulang Tahun Askar Wataniah Ke – 65 diucapkan kepada seluruh warga Askar Wataniah.

HUT AW KE 65.JPEG