Manir, Terengganu: Promosi Askar Wataniah Anjuran Batalion Pertama Rejimen 512 Askar Wataniah (Rej 512 AW) telah dilaksanakan pada 18 Mei 23 bertempat di SMK Haji Abdul Rahman Limbong melibatkan seramai 3 pegawai dan 10 anggota Lain-lain Pangkat (LLP) yang terdiri daripada Angkatan Tetap dan Sukarela. Promosi Askar Wataniah ini dianjurkan sempena  Upacara Perasmian Pertukaran Nama Baru Sekolah daripada SMK Manir kepada SMK Haji Abdul Rahman Limbong. Promosi Askar Wataniah ini dilaksanakan bertujuan untuk menarik minat orang awam khususnya golongan belia di sekitar daerah Manir disamping memberi pendedahan awal kepada pelajar-pelajar berkenaan Askar Wataniah serta laluan kerjaya di dalam tentera. Selain itu, pelbagai pameran berkonsepkan “booth” seperti pameran jenis-jenis pakaian tentera, aktiviti-aktiviti pasukan serta peralatan tentera juga turut diadakan.

235164