Kuala Lumpur: Bahagian Pasukan Simpanan telah melaksanakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Bahagian Pasukan Simpanan pada 10 Mei 23. Majlis ini telah dihadiri oleh semua warga Bahagian Pasukan Simpanan dan dimeriahkan lagi dengan kehadiran semua ketua BCJ dan tetamu jemputan bermula jam 9.00 pagi sehingga 3.00 petang.

Program sambutan Hari Raya Aidilfitri ini diharap dapat memberi kesan yang mendalam kepada semua warga Bahagian Pasukan Simpanan dalam menghayati dan menanamkan sifat pemaaf dan pemurah antara orang Islam. Selain itu, memberi peluang kepada semua warga Bahagian ini berkongsi kegembiraan dalam menyambut hari raya tanpa ada perbezaan antara miskin dan kaya serta membentuk dan melahirkan akhlak yang mahmudah dan menjauhkan sifat mazmumah.

Semoga Aidilfitri yang diraikan ini membuka seribu ruang kemaafan sesama warga Bahagian Pasukan Simpanan dan menjalinkan silaturrahim yang lebih utuh sebagai sebuah keluarga. Insyaallah.

WhatsApp Image 2023 05 10 at 16.40.40WhatsApp Image 2023 05 10 at 16.40.39WhatsApp Image 2023 05 10 at 16.40.40 1WhatsApp Image 2023 05 10 at 16.40.40 3WhatsApp Image 2023 05 10 at 16.40.41 2WhatsApp Image 2023 05 10 at 16.40.41WhatsApp Image 2023 05 10 at 16.40.41 1WhatsApp Image 2023 05 10 at 16.40.37