Kuala Terengganu: Brigedier Jeneral Azudin bin Hassan, Panglima Briged Kelapan Infantri Malaysia (8 Bgd) telah melakukan Kunjungan Hormat kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Yang Mulia Tengku Sri Bijaya Raja, Kolonel (Kehormat) Datuk Tengku Farok Hussin bin Tengku Abdul Jalil diiringi oleh Timbalan Komander Rejimen 512 Askar Wataniah, Leftenan Kolonel Ahmad Azahari bin Jamaluddin pada 3 Mei 23 bertempat di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu. Tujuan kunjungan hormat ini dilaksanakan adalah untuk merapatkan hubungan silaturahim sejajar dengan Teras Kedua Panglima Tentera Darat Ke - 29 iaitu β€œPengukuhan Organisasi dan Modal Insan” disamping menerangkan kerjasama dan bantuan yang dapat diberikan kepada kerajaan negeri. Kunjungan hormat ini berakhir dengan kedua-kedua pihak saling bertukar cenderahati tanda kenangan.

f5507e56 0bfc 44c8 afaf a045b6fe08f4c555eb42 9cd4 45a3 91e2 8e9c76e1ecd9a0297b8b 612d 4dde 824e 06405f2aa5d4acfe0073 1b64 41a0 9f70 774321384504722f14af e355 4b71 acc8 a44886b73b8e