Kuala Terengganu: Seramai 1 Pegawai dan 10 anggota Lain-lain Pangkat (LLP) telah terlibat dalam pelaksanaan Promosi Askar Wataniah Anjuran Batalion Pertama Rejimen 512 Askar Wataniah, Kem Padang Midin pada 2 Mei 23 bertempat di Sekolah Kebangsaan Padang Hiliran. Tujuan promosi ini dilaksanakan adalah untuk menarik minat orang awam serta belia di sekitar daerah Kuala Terengganu disamping memberi pendedahan kepada murid-murid di Sekolah Kebangsaan Padang Hiliran berkenaan Tentera Darat khususnya Askar Wataniah. Pelbagai pameran menarik telah diadakan seperti pameran jenis-jenis pakaian tentera, gambar aktiviti pasukan, jenis-jenis hammock serta peralatan ketenteraan. Orang awam yang berkunjung ke booth promosi ini juga akan diberikan cenderahati sebagai tanda kenang-kenangan.

99f6f9bd 8cf6 44fd 9356 3dbbdcb623a1ae9eb2d1 35fe 4e4c 9433 652f630f8f0bd1cf84fc 3ecf 41ed a975 267c0bb567f735d25747 f528 4ade b5ae d05c71de8453