Kuala Terengganu: Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2023/1444H Peringkat Rejimen 512 Askar Wataniah telah disambut dengan meriah pada 22 Apr 23 bertempat di Garaj Kenderaan Rejimen 512 Askar Wataniah (Rej 512 AW) Kem Padang Midin dengan kehadiran YAM Tengku Sri Temenggong Raja, Brigedier Jeneral Dato’ Seri Tengku Baharuddin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Komander Rej 512 AW dan keluarga serta YBhg Lt Kol Ahmad Azahari bin Jamaluddin, Timbalan Komander Rej 512 AW dan keluarga yang sudi meluangkan masa menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama pegawai dan anggota-anggota yang sedang bertugas. Majlis bermula dengan takbir raya yang dipimpin oleh Guru Agama Pasukan dan diteruskan dengan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri secara berjemaah diikuti dengan Khutbah Hari Raya Aidilfitri. Majlis diteruskan dengan acara bergambar sebagai tanda kenang-kenangan dan lawatan YAM Komander ke gerai-gerai yang menghidangkan pelbagai juadah sempena Hari Raya Aidilfitri seterusnya diteruskan dengan jamuan makan. Majlis turut diserikan dengan upacara penyampaian Sumbangan Kuih Raya kepada petugas-petugas dan upacara penyampaian Duit Raya kepada anak-anak warga Rej 512 AW.

 DSC8170 2 DSC8200 DSC8209 DSC8220 DSC8280 1 DSC8179 1