WhatsApp Image 2023 04 19 at 11.47.18

 

Daun dianyam makin tersimpul,
Gulai di dapur terlebih santan,
Sanak saudara riuh berkumpul,
Sambut lebaran penuh kesyukuran.

Dalam kerendahan hati,
ada ketinggian budi,
dalam kemiskinan harta,
ada kekayaan jiwa,
dalam kelembutan lidah ada keterlanjuran kata,
dalam gurau dan senda tentu ada khilaf dan dosa,
mohon ampun dan maaf atas segalanya,
selamat hari raya maaf zahir dan batin.
 

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh warga Askar Wataniah