Kuala Terengganu, Program Qiamullail Peringkat Rejimen 512 Askar Wataniah telah dilaksanakan pada 18 Apr 23 bertempat di Surau Al-Muttaqin, Rejimen 512 Askar Wataniah Kem Padang Midin melibatkan warga Rejimen 512 Askar Wataniah. Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk mengimarahkan malam-malam terakhir di bulan Ramadhan bagi memburu malam Lailatul Qadar disamping mengeratkan ukhwah sesama warga Rejimen 512 Askar Wataniah. Turut hadir mengimarahkan program adalah YBhg Lt Kol Ahmad Azahari bin Jamaluddin, Timbalan Komander Rejimen 512 Askar Wataniah. Program dimulakan dengan taklimat ringkas berkenaan pelaksanaan Qiamullail yang disampaikan oleh Guru Agama pasukan dan diteruskan dengan solat sunat Tahajjud, solat sunat Taubat seterusnya solat sunat Hajat secara berjemaah. Program diteruskan lagi dengan acara bersahur dan solat fardhu Subuh secara berjemaah.

f30c6595 68db 4a0a 9c9a 215254068c90cc91c8d8 7627 4996 82a2 8e5e2f739be7