Kuala Terengganu: Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Rejimen 512 Askar Wataniah (Rej 512 AW) melibatkan 28 orang ahli BAKAT dan 10 orang anggota Rej 512 AW telah dilaksanakan pada 14 Apr 23 bertempat di Surau Al-Muttaqin, Rej 512 AW, Kem Padang Midin. Tujuan majlis ini dilaksanakan adalah untuk mengimarahkan bulan Ramadhan dengan bacaan Al-Quran serta memperkukuhkan kerohanian disamping mengeratkan hubungan silaturahim dikalangan warga Rej 512 AW. Turut hadir memeriahkan majlis adalah YAM Tengku Sri Temenggong Raja, Brigedier Jeneral Dato' Seri Tengku Baharuddin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan isteri, Cik Puan Zuriana binti Ismail. Majlis ini bermula dengan bacaan doa dan disusuli oleh bacaan Al-Quran oleh peserta Tadarus. Majlis juga diteruskan dengan penyampaian cenderahati yang disempurnakan oleh YAM Komander Rejimen 512 Askar Wataniah diiringi oleh YBhg Timbalan Komander Rejimen 512 Askar Wataniah, Leftenan Kolonel Ahmad Azahari bin Jamaluddin serta Pengerusi BAKAT Rejimen 512 Askar Wataniah, Puan Norazaini binti Jamaludin.

0b8d1003 0104 4d3e 85d8 21a693f579f21d7a4a24 1035 4f8e 8cac b5b5d56e9b2d82af9ce0 7a2f 408e a940 38f0359136a935db0e3e 8c28 4e9d be4a 96c89c26ca523396ed1b 6d45 4381 acb6 ceb81e4f828ceb471976 64f3 466c bdda 06de3cf32406