Kuala Terengganu: Pemeriksaan Lesen dan Cukai Kenderaan Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2023 Rejimen 512 Askar Wataniah (Rej 512 AW) telah dilaksanakan pada 17 Apr 23 melibatkan seramai 12 Peg dan 70 LLP bertempat di Padang Kawad Rej 512 AW, Kem Padang Midin. Tujuan pemeriksaan ini dilaksanakan adalah untuk memeriksa kenderaan setiap peringkat pegawai dan anggota yang ingin pulang ke kampung halaman sempena meraikan Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang pada 1 Syawal 1444H ini. Hasil pemeriksaan telah direkodkan di dalam buku Pemeriksaan Kenderaan pasukan. YBhg Lt Kol Ahmad Azahari bin Jamaluddin, Timbalan Komander Rejimen 512 Askar Wataniah juga telah memberi peringatan kepada seluruh warga Rej 512 AW agar sentiasa menjaga keselamatan diri dan keluarga serta memandu dengan berhemah sepanjang perjalanan pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.

e5b85cdb b5e9 4fae 9afb ef535032561fd13cd988 82c9 48c4 bbc7 3e524ca3e54ecb3412e4 4482 4fb0 a97d 2fee9fb1176b78d076bc 2d4a 4675 b94e 3520d7f54b5547d19c1d a6de 46fb a6c2 a3caffcf7e0f7df0eb0c 9356 46f6 8118 a09db808c1a08c72696f d900 4f70 90bd 12461c488e3b