Tawau: Majlis berbuka puasa Rejimen 516 Askar Wataniah (Rej 516 AW) bersama Panglima Briged Ketiga Belas Infantri Malaysia (13 Bgd),  Brigedier Jeneral Haji Hashim bin Haji Osman bersama isteri, Puan Hajah Hayati binti Ayub telah diadakan pada 28 Mac 2023 bertempat di Hanger Rej 516 AW  sempena Pemeriksaan Tadbir Tahunan Rej 516 AW tahun 2023.

Majlis berbuka ini melibatkan semua pegawai dan anggota bersama keluarga rejimen. Acara di mulakan dengan penyampaian sumbangan Kotak Rezeki kepada para anggota yang berpendapatan rendah oleh Panglima 13 Bgd. Timbalan Komander Rej 516 AW, Leftenan Kolonel Asror Nizam bin Jaman turut menyampaikan cendera kenangan kepada Panglima 13 Bgd di atas kesudian hadir menyempurnakan majlis berbuka puasa tersebut.

Timbalan Komander Rej 516 AW juga menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada Panglima 13 Bgd di atas nasihat dan teguran merangkumi aspek gerak, tadbir, dan logistik seterusnya menyantuni warga Helang Rimba walaupun dalam kepadatan aktiviti beliau. Timbalan Komander Rej 516 AW berharap agar segala nasihat dan teguran Panglima 13 Bgd menjadi panduan dan pegangan warga Helang Rimba dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing.

Picture6Picture5Picture4Picture3Picture2Picture1