Kuala Lumpur: Bahagian Pasukan Simpanan telah melaksanakan Majlis Khatam Al-Quran peringkat Bahagian Pasukan Simpanan Tahun 2023 bersamaan 22 Ramadan 1444H pada 13 Apr 23 bertempat di Dewan Watan Bahagian Pasukan Simpanan.

Program Khatam Al-Quran yang telah dilaksanakan ini bertujuan memupuk minat membaca Al-Quran, menguasai serta melazimi Al-Quran dalam kehidupan dan memahirkan bacaan Al-Quran dalam kalangan pegawai dan anggota Bahagian ini.

Bacaan khatam Al-Quran ini telah diketuai oleh Mej Mohd Na’im bin Hj Ahmad Al-Hafiz. Seterusnya, majlis diteruskan dengan acara pemakaian pangkat anggota Lain-lain Pangkat Bahagian ini iaitu LKpl Muhd Fakhrul Hafifi bin Abd Hamid yang telah dinaikkan pangkat ke Pemangku Koperal berkuatkuasa pada 8 Feb 23 dan menjawat jawatan sebagai kerana Sel LLP BPS oleh Mej Jen Datuk Hamdan bin Hj Ismail, Asisten Panglima Pasukan Simpanan. Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada para peserta Khatam Al-Quran dan penyampaian sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada pegawai dan anggota yang akan bertugas semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.

Majlis diakhiri dengan ucapan YBhg AP PS. YBhg AP PS menzahirkan ucapan tahniah kepada anggota yang telah dipakaikan pangkat serta menasihati semua warga Bahagian ini agar sentiasa menjaga keselamatan diri dan berhati-hati memandu ketika pulang ke kampung halaman serta memanfaatkan cuti hari raya bersama keluarga sebaik mungkin.

WhatsApp Image 2023 04 14 at 11.31.12 1WhatsApp Image 2023 04 14 at 11.31.12WhatsApp Image 2023 04 14 at 11.31.15 1WhatsApp Image 2023 04 14 at 11.31.16WhatsApp Image 2023 04 14 at 11.31.17WhatsApp Image 2023 04 14 at 11.31.17 1WhatsApp Image 2023 04 14 at 11.31.09WhatsApp Image 2023 04 14 at 11.31.10 1WhatsApp Image 2023 04 14 at 11.31.11 1