Kuala Terengganu: Program Ceria Ramadan Bersama Jabatan Penyiaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) Terengganu telah dilaksanakan pada 11 Apr 23 bertempat di Jabatan Penyiaran Radio Televisyen Malaysia Negeri Terengganu hasil kerjasama Rejimen 512 Askar Wataniah dan Jabatan Penyiaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) Negeri Terengganu. Program ini dilaksanakan dengan tujuan untuk menyantuni golongan-golongan asnaf serta anak-anak yatim sekitar daerah Kuala Terengganu. Program ini juga mendapat kolaborasi bersama pihak penaja seperti Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu (MAIDAM) Negeri Terengganu, Jajja Chinta Hair Care dan Adabi. Program ini bermula dengan bacaan Tadarus Al-Quran oleh adik Ahmad Umar Idraki bin Ahmad Azidy, pelajar Maahad Tahfiz Tengku Ampuan Bariah diikuti dengan Gimik Simbolik Penyerahan Sumbangan oleh para penaja dan seterusnya sesi Menyantuni Golongan Asnaf dan Anak-anak Yatim yang disempurnakan oleh YAM Tengku Sri Temenggong Raja, Brigedier Jeneral Dato’ Seri Tengku Baharuddin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Komander Rejimen 512 Askar Wataniah diiringi oleh En Sabri bin Mansor, Pengarah Jabatan Penyiaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) Negeri Terengganu. Program diteruskan lagi dengan jamuan makan malam sejurus selesai solat fardhu Maghrib yang didirikan secara berjemaah. Sesi temuramah wartawan Jabatan Penyiaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) Negeri Terengganu bersama YAM Komander Rejimen 512 Askar Wataniah juga turut diadakan disertai dengan ucapan khas Hari Raya Aidilfitri oleh YAM Komander Rejimen 512 Askar Wataniah bersama seluruh warga Rejimen 512 Askar Wataniah.

4f5e0b99 abbf 4f93 967c e4eae5836daced08c88c 7b35 4b8b 8725 f72a7c21ae0ba2d9e799 6bdf 4115 9299 f9fa7b7d04c46af360a7 98ca 4990 9a6f 61252c9832642cedbdb7 9ef3 4972 92fd 77964564d844e2570d11 eedd 4b20 b661 163dc832174bd7be7bd3 0fa4 4651 8792 0efb913cc97b9ead56d8 bce1 46c3 85f3 95d9a3293969232dc64b d13a 47bb 8064 5956ea6db16c