Kemaman: Batalion Ketiga Rejimen 512 Askar Wataniah (Rej 512 AW) Kem Bukit Kuang telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa bersama YAM Tengku Sri Temenggong Raja Brigedier Jeneral Dato' Seri Tengku Baharuddin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Komander Rejimen 512 Askar Wataniah pada 10 Apr 23 melibatkan pegawai dan anggota Rej 512 AW serta penuntut Kursus Asas Perajurit Muda (Sukarela) Siri 1/2023. Turut hadir memeriahkan majlis adalah Mej Mohd Shukri bin Muda, Pemangku Pegawai Memerintah (Sukarela) Batalion Ketiga Rej 512 AW Kem Bukit Kuang. Majlis dimulakan dengan berbuka juadah ringan sebaik azan Maghrib berkumandang dan solat Maghrib didirikan secara berjemaah bertempat di Surau Al-Syakirin, Rej 512 AW Kem Bukit Kuang. Seterusnya, YAM Komander Rejimen 512 Askar Wataniah serta para hadirin menikmati jamuan makan malam yang telah disediakan di Dewan Makan Rejimen.

b3d0c3fd 765f 4d25 8407 7df2e0e0afcd4fe54286 9517 4169 a14c fa354f2d3c5c