Kuala Lumpur: Rejimen 515 Askar Wataniah (Rej 515 AW) telah mengadakan Majlis Iftar Jama'ie bersama semua warga Rejimen dan tetamu jemputan melibatkan Komander Rej 515 AW, pemerintah formasi, Ahli JAKPAW (WPKL & WPP) dan wakil-wakil kolej awam bertempat di Dewan Makan Rej pada 8 Apr 23.

Majlis dimulakan dengan jamuan berbuka puasa diikuti solat magrib berjemaah di perkarangan gelanggang bola tampar Rejimen dan diteruskan dengan jamuan makan malam.

Majlis diteruskan lagi dengan solat isyak dan solat sunat tarawih berjemaah yang dipimpin oleh Mej Dr Azlisham bin Abdul Aziz, Ket Unit Sumber Manusia, Sel PSM Jabatan arah KAGAT sebelum disambung dengan jamuan moreh, penyampaian sumbangan kepada anggota dan waris sakit kronik, pengagihan kotak rezeki, pengagihan sumbangan kepada anggota asnaf dan petugas yang terlibat dalam majlis tersebut.

Sumbangan kotak rezeki telah disumbangkan oleh Mej (K) Chew Chee Bor, Pengarah Eksekutif SSF Properties Sdn Bhd manakala sumbangan berbentuk wang ringgit telah disumbangkan oleh Lt Dato' Nurulhidayah binti Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid dan suami, Dato' Saiful Nizam bin Yusoff.

Tujuan majlis ini diadakan bagi mengeratkan lagi ikatan silaturahim serta ukhuwah di antara pemerintah formasi, ahli-ahli JAKPAW, wakil-wakil kolej, para pegawai dan anggota mahupun tetap dan sukarela disamping mengimarahkan lagi bulan Ramadan Al-Mubarak ini.

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Komander, Brig Jen Dato' Wira Wan Ahmad Uzir bin Hj Wan Sulaiman dan Panglima 12 Bgd, Brig Jen Sani bin S Omar seterusnya diakhiri dengan acara bergambar.

Jemputan yang hadir dalam majlis adalah Asisten Panglima Pasukan Simpanan, Mej Jen Datuk Hamdan bin Hj Ismail, Pengarah Rancang BPS, Kol Sukiman bin Mohamed Ghani, Ketua Pengurusan BKTD, Lt Kol Rasid bin Kasman dan Peg Mem Bn 1 dan 2.

Selain itu, turut hadir Isteri Panglima 12 Bgd, Puan Fatimah binti Mohamad, Isteri Timb Komd, Pn Wan Norazlianti binti Mamat Arifing, Ahli-ahli JAKPAW terdiri daripada Mej (K) Dato' Ir Dr Ahmad Anuar bin Othman, Mej (K) Aminuddin bin Ab Rahman, Mej (K) Hj Muhamad Safwan bin Saidin dan Mej (K) Noriza binti Abd Rahim.

Wakil kolej yang hadir terdiri daripada wakil UPTM, Ts. Dr. Airuddin bin Ahmad dan Mej Dr Muhammad bin Omar, wakil SMART College, En Alexander David Pon dan Encik Anand Pon, wakil Mont Royale College, Dr Sugumaran Chellaya dan Pn Shawini Velayalbanan, wakil Universiti Geomatika Malaysia, En Mohammad Mustapha bin Mohd Isa dan wakil Kolej Baitulmal, Dr Mohd Syakir bin Hj Mohd Taib dan En Muhamad Hafiz bin Nazri.

Pelaksanaan aktiviti ini wajar dilakukan bagi menjaga hubungan disamping meningkatkan lagi hubungan Tentera Darat dengan Awam.

WhatsApp Image 2023 04 12 at 12.58.44WhatsApp Image 2023 04 12 at 12.58.44 1WhatsApp Image 2023 04 12 at 12.58.45WhatsApp Image 2023 04 12 at 12.58.45 1WhatsApp Image 2023 04 12 at 12.58.46WhatsApp Image 2023 04 12 at 12.58.49 2WhatsApp Image 2023 04 12 at 12.58.50 1WhatsApp Image 2023 04 12 at 12.58.51WhatsApp Image 2023 04 12 at 12.58.51 3WhatsApp Image 2023 04 12 at 12.58.55 1WhatsApp Image 2023 04 12 at 12.58.56 1