Kuala Lumpur: Timbalan Komander Rejimen 515 Askar Wataniah (Rej 515 AW), Lt Kol Marzuki bin Md Yusof telah merasmikan Majlis Ceramah Nuzul Al-Quran pada 10 April 2023 bertempat di Dewan Makan Rejimen.

Seramai 96 warga Rej 515 AW hadir dalam majlis tersebut bagi mendengar ceramah bertajuk Menyingkap Tabir Sejarah Peristiwa Nuzul Al-Quran yang disampaikan oleh Penasihat Agama 24 RAMD, 1158988 Ssjn Mohd Nor Akmal bin Hashi. Tujuan ceramah dilaksanakan adalah untuk meningkatkan dan menambah ilmu pengetahuan mengenai sejarah dan persitiwa Nuzul Al-Quran dalam islam. Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada penceramah. Program sebegini secara langsung dapat meningkatkan kesejahteraan warga dalam mengukuhkan kerohanian dan akhlak anggota.

WhatsApp Image 2023 04 12 at 12.55.15WhatsApp Image 2023 04 12 at 12.55.13WhatsApp Image 2023 04 12 at 12.55.12 2WhatsApp Image 2023 04 12 at 12.55.13 1WhatsApp Image 2023 04 12 at 12.55.12