Negeri Sembilan: Rejimen 508 Askar Wataniah (Rej 508 AW) telah menganjurkan satu program kerohanian sempena Bulan Ramadan pada 11 April 2023 iaitu Ceramah Nuzul Al-Quran dan Majlis Khatam Al-Quran peringkat pasukan.

Majlis dimulakan dengan solat sunat Dhuha dan solat hajat sebelum diteruskan dengan ceramah Nuzul Al-Quran yang disampaikan oleh penceramah jemputan dari Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sembilan (JAINS) iaitu Ust Tengku Nor Iftah bin Tengku Jamil. Seterusnya diadakan majlis Khatam Al-Quran yang disertai oleh 5 pegawai dan 20 orang anggota yang disempurnakan oleh YBhg Timbalan Komander, Lt Kol Fadzlin bin Md Nasir. Pelaksanaan program keagamaan sebegini diharapkan dapat memupuk budaya cintakan Al-Quran di kalangan warga pasukan.

WhatsApp Image 2023 04 12 at 12.53.55WhatsApp Image 2023 04 12 at 12.53.55 1WhatsApp Image 2023 04 12 at 12.53.55 2WhatsApp Image 2023 04 12 at 12.53.56 2WhatsApp Image 2023 04 12 at 12.53.56 1