Kuala Krai: Kursus KADAR Bakal PTTR Sukarela Siri 1/2023 anjuran Rejimen 506 Askar Wataniah (Rej 506 AW) yang berlangsung mulai 14 Mac 2023 di Kem Sungai Durian, Kuala Krai, Kelantan telah melabuhkan tirai pada upacara penutup yang dilaksanakan pada 9 April 2023.

Kursus tersebut telah dihadiri seramai 26 penuntut terdiri daripada gabungan anggota Sukarela  (Rej 506 AW) dan 15 KPD (AW) bertujuan melahirkan seorang PTTR yang berkebolehan, berdisiplin dan berpengetahuan. Ianya merupakan kursus kerjaya anggota Sukarela Askar Wataniah bagi syarat kenaikan ke pangkat Lans Koperal dan seterusnya menyandang jawatan sebagai Penolong Ketua Seksyen.

Lt Kol Hanasrul Imran bin Ghazali, Timbalan Komander  (Rej 506 AW) turut berkesempatan menyempurnakan upacara pemakaian pangkat kepada pegawai dan anggota Sukarela. Mengakhiri upacara penutup kursus ini, beliau turut menzahirkan ucapan syabas kepada penuntut yang telah berjaya mengharungi kursus. Sesungguhnya segala usaha, pengorbanan, ketabahan dan semangat yang ditunjukkan sepanjang kursus telah membuahkan hasil dimana kesemua penuntut telah menamatkan kursus dengan jayanya. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada pegawai dan anggota Sukarela pasukan yang telah dinaikkan pangkat serta menasihati agar sentiasa bersemangat menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diberi dengan lebih cemerlang di masa akan datang.

WhatsApp Image 2023 04 09 at 21.40.13 1WhatsApp Image 2023 04 09 at 21.40.13 2WhatsApp Image 2023 04 09 at 21.40.12WhatsApp Image 2023 04 09 at 21.40.13WhatsApp Image 2023 04 09 at 21.40.12 1WhatsApp Image 2023 04 09 at 21.40.14