Negeri Sembilan: Rejimen 508 Askar Wataniah (Rej 508 AW) telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa Bersama Komander Rej 508 AW, Yang Amat Mulia Brig Jen Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz bertempat di Perkarangan Wisma Perwira Rej 508 AW pada 9 April 2023. Turut hadir dalam majlis ini adalah pemerintah-pemerintah unit di bawah naungan Markas Briged Pertama Infantri Malaysia dan Ahli JAKPAW Negeri Sembilan.

Tujuan majlis diadakan adalah bagi merapatkan hubungan silaturrahim serta ukhwah antara warga rejimen disamping mengimarahkan aktiviti bulan Ramdan Al-Mubarak. Majlis dimulakan dengan menikmati juadah berbuka puasa dan solat fardhu Maghrib dan Isyak secara berjemaah seterusnya solat Tarawih. Yang Amat Mulia Komander Rej 508 AW juga turut berkesempatan menyampaikan cenderahati kepada peserta Tadarus Al-Quran dalam majlis ini. Diharapkan pelaksanaan majlis sebegini dapat membentuk warga yang menekankan aspek pengukuhan kerohanian dan akhlak warga yang seimbang.

WhatsApp Image 2023 04 10 at 09.03.13 3WhatsApp Image 2023 04 10 at 09.03.14WhatsApp Image 2023 04 10 at 09.03.13 2WhatsApp Image 2023 04 10 at 09.03.13WhatsApp Image 2023 04 10 at 09.03.12WhatsApp Image 2023 04 10 at 09.03.13 1