Kuala Terengganu: Seramai 13 anggota Lain-lain Pangkat (LLP) Sukarela telah terlibatdalam Lembaga Kecil Pemilihan Anggota Sukarela Yang Dipertugaskan Sepenuh Masa Siri Khas Brassband Tahun 2023 pada 6 Apr 23 bertempat di Rejimen 512 Askar Wataniah Kem Padang Midin diketuai oleh Mej Zulkarnaien bin Muda, selaku Pegawai Staf 2 Sel Lain-lain Pangkat Bahagian Pasukan Simpanan. Lembaga ini dilaksanakan selama 3 hari bermula pada 4 hingga 6 Apr 23 merangkumi Ujian Kecergasan Asas (UKA) dan Ujian Asas Kawad Kaki.  Turut hadir lembaga ini, Lt Kol Mior Rasidi bin Mohamad Idris, Pegawai Staf 1 Latih Bahagian Pasukan Simpanan mewakili Ketua Pengarah Bahagian Pasukan Simpanan.

2c951560 fc5c 4a91 bd0c f080638adfd19f696e55 32cb 45d6 a9aa 8ca101dc8e95a139c846 f7bf 4239 b360 a7ad7c696e32b8f598dc c0c4 482d 8a0f 3c8b77e1e9f9