Kota Bharu: Majlis Iftar Ramadan Rejimen 506 Askar Wataniah bersama Yang Berhormat Mulia Tengku Temenggong Kelantan, mantan Komander Rejimen 506 Askar Wataniah telah dilaksanakan pada 5 April 2023 bersamaan 14 Ramadhan 1444H di perkarangan Masjid As-Solihin, Kem Pengkalan Chepa.

Majlis turut dihadiri Ahli Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW) Kelantan Mej (K) Tengku Dato' Ahmad Badli Shah, Dato' Haji Che Mohd Rahim bin Haji Jusoh, serta Panglima 8 Briged, Brig Jen Azudin bin Hassan.

Keberangkatan tiba Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato' Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz, Tengku Temenggong Kelantan dan Tengku Puan Temenggong Kelantan, Yang Mulia Tunku Puan Sri Dato' Hajah Noor Hayati binti Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah disambut oleh semua warga pasukan.

Lt Kol Hanasrul Imran bin Ghazali, Timbalan Komander Rejimen 506 Askar Wataniah mengambil kesempatan menzahirkan ucapan menjunjung kasih diatas kesudian Yang Berhormat Mulia Tengku Temenggong Kelantan serta Yang Mulia Tengku Puan Temenggong Kelantan berkenan berangkat ke majlis bersama para tetamu jemputan serta warga Rejimen 506 Askar Wataniah.

WhatsApp Image 2023 04 06 at 20.36.53WhatsApp Image 2023 04 06 at 20.37.39WhatsApp Image 2023 04 06 at 20.37.56WhatsApp Image 2023 04 06 at 20.37.17WhatsApp Image 2023 04 06 at 20.38.16WhatsApp Image 2023 04 06 at 20.38.36