Kuala Terengganu: Majlis Berbuka Puasa Rejimen 512 Askar Watamiah ( Rej 512 AW) bersama Ahli Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW) Negeri Terengganu telah diadakan pada 4 Apr 23 bersamaan 13 Ramadhan 1444H bertempat di Darul Syakirin Kediaman Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu. Seramai 13 Pegawai Rej 512 AW dan ahli JAKPAW Negeri Terengganu telah terlibat dengan pelaksanaan majlis berbuka puasa ini. Turut hadir bersama memeriahkan majlis ini adalah Komander Rej 512 AW, YAM Tengku Sri Temenggong Raja, Brigedier Jeneral Dato’ Seri Tengku Baharuddin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah serta Pengerusi JAKPAW Negeri Terengganu, YBM Tengku Sri Bijaya Raja, Kolonel (Kehormat) Datuk Tengku Farok Hussin bin Tengku Abdul Jalil. Majlis dimulakan dengan bacaan tahlil ringkas seterusnya berbuka dengan juadah ringan sebaik azan Maghrib berkumandang dan solat Maghrib telah didirikan secara berjemaah. Seterusnya, YAM Komander Rejimen 512 AW, Pengerusi JAKPAW Negeri Terengganu serta para hadirin menikmati jamuan makan malam di ruang makan Rumah Kediaman Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu. Majlis diteruskan dengan solat Isyak, solat sunat Tarawih dan diakhiri dengan jamuan moreh.

a430e7d3 e665 4eb0 b267 43981e2f790ec2eedaee 27ae 4e4d a4e4 00b2294cd128f57b7a2b 75b5 416b 8d94 dee71186bf03e74f1057 796c 4494 8611 33fab290f3452ceb4d53 2ba0 4825 be6f 89fb9fb72bc1eef55a23 9d4c 4285 b1e0 79268f3682e7