Kuala Lumpur: Majlis Berbuka Puasa Peringkat Bahagian Pasukan Simpanan telah dilaksanakan pada 1 April 2023 bertempat di Dewan Makan Rejimen 515 Askar Wataniah. Majlis ini telah dihadiri oleh semua pegawai dan anggota bersama keluarga Bahagian ini. Turut hadir Komander Rejimen 515 Askar Wataniah, Brig Jen Dato’ Wira Wan Ahmad Uzir bin Hj Wan Sulaiman serta isteri Datin Sarina binti Shuib.

Majlis berbuka ini dimulai dengan tazkirah daripada penceramah jemputan, Kol Hasbullah bin Salleh, Pengarah Agama Sekretariat Tentera Darat dan seterusnya ucapan daripada Asisten Panglima Pasukan Simpanan, Mej Jen Datuk Hamdan bin Hj Ismail.

Majlis berbuka ini berkonsepkan potluck dan dimeriahkan lagi dengan pelbagai juadah yang dibawa oleh semua warga Bahagian ini. Majlis ini dilaksanakan bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim warga BPS serta mengimarahkan lagi bulan Ramadhan dengan aktiviti keagamaan seperti tazkirah dan solat berjemaah.

Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada Pegawai Staf 3 Rancang, Lt Amirul Rahim bin Haji Mohd Shafie yang akan bertukar keluar ke Cawangan Sumber Manusia-Sel Psikologi & Kaunseling sebagai tanda penghargaan segala jasa bakti beliau sepanjang berada di Bahagian ini. Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sumbangan kebajikan kepada waris anggota yang menghidap penyakit kronik iaitu adik Mohammad Mikail Irfan yang menghidap penyakit Curved Spine Scoliosis dan adik Nurmaya Alisya binti Amnizam yang menghidap Down Syndrome.

Seluruh warga Bahagian ini mendoakan semoga segala urusan anggota dan waris dipermudahkan dan diberi kesembuhan.

WhatsApp Image 2023 04 04 at 08.22.32WhatsApp Image 2023 04 04 at 08.22.35WhatsApp Image 2023 04 04 at 08.22.35 1WhatsApp Image 2023 04 04 at 08.22.37WhatsApp Image 2023 04 04 at 08.22.38WhatsApp Image 2023 04 04 at 08.22.38 1WhatsApp Image 2023 04 04 at 08.22.34WhatsApp Image 2023 04 04 at 08.22.40WhatsApp Image 2023 04 04 at 08.22.39WhatsApp Image 2023 04 04 at 08.22.36