Kuala Lumpur: Seramai 73 Perajurit Muda Sukarela Askar Wataniah telah berjaya menamatkan Kursus Asas Perajurit Muda Sukarela Siri 1/23 di bawah anjuran Batalion Pertama bertempat di Padang Kawad Rej 515 AW pada 19 Mac 23.
Majlis Penutup Kursus telah disempurnakan oleh Komander Rej 515 AW, Brig Jen Dato' Wira Wan Ahmad Uzir bin Hj Wan Sulaiman dan diiringi Timbalan Komander Rej 515 AW, Lt Kol Marzuki bin Md Yusof. Hadir bersama adalah Pemangku Peg Mem Bn 1, Mej Mohd Rafizu bin Muda, Peg Mem Bn 2, Lt Kol Jamalrudin bin Zamanhuri, serta para pegawai dan Sarjan Mejar Rejimen, Rej 515 AW. Kursus ini telah berlangsung selama sebulan bermula 20 Feb hingga 21 Mac dan telah melayakkan seramai 73 anggota berpangkat Perajurit Muda (PJM) untuk memakai pangkat Prebet kerana telah berjaya menamatkan kursus APMS pada kali ini.
Anugerah Penuntut Jasmani Terbaik disandang oleh Pbt Abdulah bin Kamarudin, Penuntut Ketabahan Terbaik, Pbt Megat Muhammad Mazuqie bin Megat Muzaffar, Penuntut Kawad Terbaik, Pbt Muzaffar Shah bin Kamarudin, Penuntut Menembak Terbaik, Pbt Syamsinar Baizura binti Ahmad Sabki, Penuntut Akademik Terbaik, Pbt Nur Awadah binti Muhammad Nor dan Penuntut Keseluruhan Terbaik disandang oleh Pbt Muhammad Zulhanif bin Mohd Haron.
Majlis diakhiri dengan ucapan daripada Komander Rej 515 AW. Komander Rej 515 AW mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua penuntut kursus kerana telah berjaya menamatkan kursus dengan jayanya dan seterusnya merasmikan Penutup Kursus Asas Perajurit Muda Sukarela Siri 1/23.
Boleh layari facebook Rej 515 AW di https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02SchqeGNtJjgubh5uMM6erAo6UZx7NfgnVgJEorbu6bk5VqxGEKnTtjxqvadnYv9Ql&id=100065011680124&sfnsn=mo&mibextid=RUbZ1f