Sungai Besi: Rej 515 AW telah menganjurkan Pertandingan Menembak Pistol bertempat di Lapangsasar Pistol 25 Meter IKED, Kem Perdana Sungai Besi pada 19 Mac 23. Fokus utama penganjuran pertandingan ini adalah untuk memberi peluang kepada Pegawai dan Ahli JAKPAW untuk mengasah bakat disamping meningkatkan kemahiran menembak menggunakan pistol.

Terlebih dahulu Timb Komd, Lt Kol Marzuki bin Md Yusof dan tetamu yang hadir diberikan penerangan berkaitan persenjataan yang digunapakai semasa pertandingan ini. Acara diteruskan dengan pelarasan menembak pistol di jarak 10 Meter dan seterusnya Pertandingan Menembak Pistol di jarak 15 Meter dan Menembak Pistol Jatuh Piring di jarak 20 Meter.

Turut hadir dalam pertandingan ini adalah Komd Rej 515 (AW), Brig Jen Dato' Wira Wan Ahmad Uzir bin Haji Wan Sulaiman, Panglima 12 Bgd, Brig Jen Sani bin S Omar, Ketua Pengarah BPS, Brig Jen Shamsor bin Hj Jaafar, Pengarah BPS, Kol Sukiman bin Mohamed dan Peg Mem Bn 1 dan 2 serta Pegawai tetap Rej 515 (AW).

Turut serta adalah Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia, Datuk Che Roslan Che Daud, Ahli Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya (JAKPAW WPKL & WPP) adalah Pegawai Perhubungan Kerajaan Pharmaniaga Berhad, Mej (K) Hj Aminuddin bin Ab Rahman dan Ketua Unit Integriti, Mej (K) Hj Muhamad Safwan bin Saidin.

Boleh layari laman facebook Rej 515 AW di https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid08Gzx2joHFwedzP8PZioEDWi57W5r2twzyRE1AH9TUdWd2nfakdC8CUM53cgToN6Cl&id=100065011680124&sfnsn=mo&mibextid=RUbZ1f

WhatsApp Image 2023 03 23 at 08.15.31 1WhatsApp Image 2023 03 23 at 08.15.32WhatsApp Image 2023 03 23 at 08.15.32 1WhatsApp Image 2023 03 23 at 08.15.32 2WhatsApp Image 2023 03 23 at 08.15.33WhatsApp Image 2023 03 23 at 08.15.31