Hulu Langat: Timb Komd Rej 515 AW, Lt Kol Marzuki bin Md Yusof hadir menyaksikan pertunjukan serangan akhir khemah musuh daripada Penuntut Kursus Asas Perajurit Muda Sukarela Siri 1/23 bertempat di Gunung Nuang pada 18 Mac 23.

Timb Komd hadir untuk melihat dengan lebih dekat aspek pelaksanaan latihan peperangan melawan insurgensi selain melihat sendiri pelaksanaan aktiviti fasa medan yang dilaksanakan oleh Penuntut Kursus APMS.

Turut mengiringi beliau dalam menyaksikan pertunjukan serangan akhir tersebut adalah Pen Peg Mem Bn 1, Mej Eswandi bin Masuri selaku ketua pengelola Kursus APMS Siri 1/23, Pemangku Peg Mem Bn 1, Mej Mohd Rafizu bin Muda, Peg Mem Bn 2, Lt Kol Jamalruddin bin Hj Zamahuri, ahli JAKPAW daripada Pharmaniaga Berhad, Mej (K) Hj Aminuddin bin Ab Rahman, para pegawai tetap dan SMR Rej 515 AW.

Boleh layari laman facebook Rej 515 AW di https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02uXpqVewiDgXwitfmaYANe7iG88BZXwr6x1PFmGppZtDJ6sztnXmEJkox1k4YdJUl&id=100065011680124&sfnsn=mo&mibextid=RUbZ1f

WhatsApp Image 2023 03 23 at 08.12.34WhatsApp Image 2023 03 23 at 08.12.35WhatsApp Image 2023 03 23 at 08.12.35 1WhatsApp Image 2023 03 23 at 08.12.35 2